Friday 6 January 2012



Bayau Raven

‎: Insan Belajar Dari
Kehidupan
Jika insan diajar dengan
keangkuhan,
Dia belajar erti takbur..
Jika insan diasuh dengan
kelemahan,
Dia belajar erti hina diri..
Jika insan diasuh dengan
permusuhan,
Dia belajar erti membenci..
Jika insan diajar pentingkan diri,
Dia belajar erti mengkhianati..
Namun…
Jika insan diasuh dengan insani,
Dia belajar erti harga diri..
Jika insan diasuh dengan belas
budi,
Dia belajar erti mengasihani..
Jika insan diasuh dengan
kepayahan,
Dia belajar erti mensyukuri..
Jika insan diasuh bertimbangrasa,
Dia belajar erti bersabar..
Jika diasuh dengan menukil
karya,
Dia belajar erti manfaat ilmu..
Jika insan diasuh dengan didikan
taqwa,
Dia belajar erti hayati agama..
Jika insan diasuh dengan jiwa
rakyat,
Dia belajar erti muafakat..
Jika insan diasuh pengalaman,
Dia belajar erti hakikat
kehidupan….


Bayau Raven

“Jangan fikirkan yang sedap saja,
kadang-kadang kita kena juga
telan yang pahit sebab kadang-
kadang yang pahit itu ubat
sedang yang sedap itu racun.”





Bayau Raven

Sebenarnya tiada manusia yang
buruk, lantaran setiap daripada
kita ini dicipta oleh Tuhan yang
Maha Bijaksana. Masakan
ciptaan Tuhan itu tidak cantik,
malah dalam islam kecantikan
bukan terletak pada wajah atau
keturunan tetapi apa yang ada di
dalam hati. Baik sang hati
baiklah seluruh badan, jahat
sang hati jahatlah seluruh badan.
Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan
padu. Siapa kita untuk
mempertikaikan ciptaan-ciptaan
TUHAN. Sudah tentu kita tidak
layak. Tetapi ramai orang
mempertikai TUHAN setiap kali
menghadap cermin. Berkacalah
tatkala bercermin sebab dengan
berkaca cermin akan
memberitahu anda apakah anda
yang berdiri di situ atau perasaan
dan keegoan anda yang
menampani. Siapa anda, anda
sendiri yang menentukan.
Pandangan manusia semuanya
tidak sama. Sejuta yang
mengatakan anda tidak indah,
sepuluh juta mungkin
mengatakan yang sebaliknya.
Hanya anda belum bertemu
muka dengan yang sepuluh juta
itu. Itu saja yang membezakan.
~


Bayau Raven

Semalam kita bertemu,
Semalam jua kita bersua muka,
Kau berikan janji manis,
Kau semaikan kasih yang mesra,
Lalu kita meraikan cinta yang
baru bersemi,
Tanda kasih mula berputik.



Bayau Raven

Semua
Aku beri semua rasa yang kau
mahu
aku beri dengan rasa yang ikhlas
biar aku lelah tiada daya kamu
semangat aku
biar aku hidup tanpa udara
Sungguh
kamu terindah
kamu tersayang
kamu jiwa aku
kamu cinta aku
kerna kamu aku semakin kuat
melangkah
melangkah aku bukan kerna
benci
melangkah aku bukan kerna
marah
melangkah aku kerna rasa
rasa yang kau beri
yeah, jujur aku terluka
namun aku tak akan kembali
kembali merebut cinta kamu
yang tak pasti
aku mulai belajar hidup dengan
semua rasa
belajar untuk memahami
belajar untuk menerima
belajar untuk memaafkan
For reach something that you
cant have
like reach your dying day
let bygone be bygone...
~ M

Sunday 1 January 2012



Bayau Raven

Cantik di hati:
• Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.
• Ambillah waktu untuk
bermain, itu adalah rahsia dari
masa muda yang abadi.
• Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.
• Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.
• Ambillah waktu untuk
mencintai dan dicintai, itu adalah
hak istimewa yang diberikan
Tuhan.
• Ambillah waktu untuk
bersahabat, itu adalah jalan
menuju kebahagiaan.
• Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah muzik yang
menggetarkan hati.
• Ambillah waktu untuk
memberi, itu akan membuat
hidup terasa bererti.
• Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan.
• Ambillah waktu untuk
beramal, itu adalah kunci
menuju syurga.



Bayau Raven

Apa yang kau beri, kau akan
menerimanya kembali
Janganlah kau membenci sesiapa
Kebencian hanya akan
memusnahkan dirimu
Sayangilah sesama insan
Dan kau akan disayangi
kembali... Love Will Come Back