Friday, 30 December 2011




Bayau Raven

Kata-Kata Cinta
Cinta bukan suatu yang pahit
kalau kita memang
mengenalinya sedalam-
dalamnya, tetapi cinta adalah
suatu pengalaman yang indah..
Cinta adalah seperti musim yang
berlaku, musim bunga,
tengkujuh, kemarau dan
luruh...saat musim bunga pabila
baru bermulanya suatu
percintaan, pertemuan,
perkenalan..segalanya adalah
indah, manis dirasa saat
bersama.
Ketika tengkujuh melanda dalam
percintaan, pergaduhan,
persalahan faham, cemburu dan
marah berlaku,tapi anggaplah
semua itu adalah cubaan dalam
perhubungan.
Kemarau dalam percintaan
berlaku jika persefahaman
hilang, kemarau tidak semestinya
akan membawa kepada
perpisahan meskipun hubungan
dalam keretakan
Luruh...suatu yang perit dalam
kehidupan seseorang yang
bercinta, kerna iyanya bukan apa
yang dipinta dan diharapkan,
gundah di hati hanya diri sendiri
yang rasakan, kesakitan cinta
sesungguhnya tidak akan pernah
diungkapkan dengan kata-kata...



Bayau Raven

Maafkan Aku
Kiranya benar takdir cinta kita
cuma setakat ini
maaf ku pohon darimu sayang
dari detik pertama perkenalan
hingga saat perpisahan
Maaf ku tak berdaya
menjadi seperti yang kamu
inginkan
aku cuma aku
aku bukan insan sempurna
Maaf ku tak bisa
melupakan dirimu
wajahmu, bait tuturmu
segala yang ada padamu
akan sentiasa di kalbuku
Andai tiba saatnya
kamu temui pengantiku
akan ku titipkan doa
moga kamu bahagia
disampingnya

Thursday, 29 December 2011




Bayau Raven

"Orang yang tidak percaya dan
yakin kepada kebolehan diri
sendiri tidak ada tempat di
dalam lembaran sejarah orang-
orang abadi, kerana peribadi
mereka yang kaku dan sangsi itu
telah menutup segala pintu dan
jalan kepada kejayaan dan
ketinggian."
"Hanya manusia yang berjiwa
besar saja dapat menggunakan
kesakitannya itu sebagai guru
yang mengasuh jiwa dan
mengailhamkan fikiran yang sihat
dan pengertian yang mendalam
terhadap hidup."

Bayau Raven

Kita lahir hanya dengan 1 hati
jauh di dalam diri kita.
Mengingatkan kita pada
penghargaan dan pemberian
cinta diharapkan berasal dari
hati kita yang paling dalam.
Belajar untuk mencintai dan
menikmati betapa kita dicintai
tapi jangan pernah
mengharapkan orang lain untuk
mencintai kita seperti kita
mencintai dia.



Bayau Raven
Penangan cinta siber
Saya berusia 23 tahun, masih
belajar, dikurniakan Allah SWT
cukup sifat dengan ibu bapa
yang mendidik mengenai agama
sejak kecil. Suratan takdir
menemukan saya dengan suami
orang di alam siber. Lelaki
berusia 38 tahun itu juga bapa
beranak lima.
Dia bertugas di perantauan
dengan anak-anaknya berada di
Malaysia. Setiap malam, kami
bersembang di laman siber. Pada
awalnya perbualan kami hanya
sekadar mengisi masa kesepian
dirinya. Namun, akhirnya
perbualan itu bertukar menjadi
hubungan kasih sayang. Pada
Mei lalu, kerjanya di perantauan
itu selesai dan kembali ke
Malaysia. Bagaimanapun, kami
tidak pernah bertemu. Hajat
memang ada tetapi tertangguh
kerana saya amat takut tidak
dapat mengawal diri lalu
terjebak ke kancah maksiat.
Dia pernah mengusulkan kami
berkahwin. Sebenarnya puan,
dalam soal untuk berpoligami
mungkin saya boleh
menempuhnya tetapi saya tidak
mahu melukakan hati isteri dan
anak-anaknya. Lagipun, dia tidak
ada masalah dengan isteri dan
anak-anaknya, sebaliknya amat
mengasihi mereka. Cuma
malangnya, dalam keinginannya
mengisi kesepian di perantauan,
dia terpikat dengan saya. Saya
sebenarnya amat sayangkannya,
tidak mahu kehilangannya dan
sentiasa membayangkan
kebahagiaan hidup di sisinya.
Saya juga sedar dia sudah
berkeluarga. Saya cuba
memutuskan hubungan yang
berusia enam bulan ini tetapi
saya tidak berupaya. Bukan
hanya mendengar suara,
membaca sebaris SMS
kirimannya pun membuatkan
saya sukar untuk
meninggalkannya. Saya benar-
benar minta maaf pada isteri dan
anak-anaknya jika pada akhirnya
kelak, hubungan kami perlu
dihalalkan. Namun pada masa
sama, saya masih cuba untuk
keluar daripada hubungan ini.
FAINA
JAWAPAN
Faina yang baru terjebak dengan
sangkar cinta berdebu akibat
cuba bermain-main dengan
apinya yang kini jelas dengan
terbakar hati. Jutaan syukur
dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana anda masih berada di
belakang tembok iman yang
dibina oleh keluarga dan diri
anda dengan izin Allah.
Faina, di usia yang sebegini
muda, anda ibarat bunga mawar
mekar di atas jambangan, yang
bukan saja rupanya cantik tetapi
baunya harum. Semua yang
melintasi jambangan itu pasti
akan teringin bukan saja
menatapnya, malah mencium
baunya dan paling ramai mahu
memilikinya walaupun untuk
memetiknya perlu merasa
bisanya duri itu.
Namun lelaki tetap lelaki.
Walaupun dia sudah ada
tanggung jawab lima anak dan
seorang isteri mereka tetap saja
berasa mereka raja dalam
perhubungan cinta dan sanggup
melakukan apa saja demi
memiliki cinta yang terbina. Ini
prinsip lelaki yang masih tinggi
dengan egonya.
Dalam hubungan anda
dengannya, dia akan melakukan
apa saja asal dapat memiliki
anda. Ini kerana, anda bukan
saja cantik tapi lebih penting lagi
muda belia ibarat ulam yang
belum dijamah dan pastinya dia
akan terus memburu anda
dengan apa cara sekali pun.
Dinding yang dapat melindungi
dan menahan hasratnya yang
bertaraf ‘buaya tembaga’ dan
punya modal seperti golongan
berada, yang sudah masak
dengan cara dan gaya memikat
dan memerangkap mangsa,
maka dia akan berusaha mati-
matian memburu anda.
Pada masa sama, sanggup
meninggalkan lima anak dan
isterinya yang terluka demi
memuaskan nafsu kepada anda
tidak lain dan tidak bukan
bertahan untuk tidak mengikut
dan memenuhi hasratnya untuk
berjumpa dengannya walau di
mana pun tempat pertemuan.
Anda harus belajar melihat kes
ini secara positif sebagai mana
nasihat orang bijaksana: “Cuba
lihat betapa banyak nikmat Allah
SWT yang ada padamu, maka
ikatlah ia dengan rasa
kesyukuran dan bukan
mencemarinya dengan
melanggar perintah Allah SWT
dan merampas dan melukakan
hati kaum sejenismu, sedangkan
jika kamu bersyukur, pasti Kami
akan menambah (nikmat)
kepadamu dan jika kamu
mengingkarinya (nikmat-Ku),
maka sesungguhnya azab-Ku
sangat pedih.” (QS Ibrhim:7).
Oleh itu syukuri kecantikan dan
usia anda dengan tidak melawan
perintah Allah SWT walaupun
anda sangat terdorong
melakukannya.
Nasihat saya, jadilah dirimu
sendiri kerana anda dalam
penciptaan ini ada sesuatu yang
lain, yang tidak seorang pun
menyerupai anda dan
sebaliknya. Anda juga tidak
seperti orang lain jadi mengapa
anda harus melakukan seperti
orang lain, akur dengan kancah
cintakan suami orang. Belajarlah
daripada pesanan orang tua-tua,
jika anda pernah melukakan,
anda tidak akan dapat selamat
dari dilukai. Apatah lagi anda
masih muda , terlalu banyak
masa dan kesempatan mencari
pasangan yang sepadan dengan
anda.
Anda juga ada kelebihan dari
segi wajah, oleh itu jangan cepat
terpesona dengan pujian apa
apatah lagi daripada lelaki yang
jauh lebih berusia. Belajarlah
membuat pilihan yang tidak
melukakan orang lain. Bukankah
sedari awal, tujuan asal anda
hanya suka-suka saja tetapi
kenapa harus melukakan hati
orang lain?
Sebab itu Angelo Battero
menulis: “Tidak ada orang yang
paling menderita yang lebih
daripada orang yang tidak
menjadi diri sendiri, wujud tidak
menjadi jasadnya sendiri dan
tidak menjadi fikirannya sendiri.”
Pesanan ini menegaskan jika
membuat tindakan dan
keputusan mestilah kerana diri
sendiri bukan kerana pengaruh
orang lain dan bukan atas
kemahuan orang lain. Oleh
kerana fitrah hidup, tidak akan
sesiapa yang berhak membuat
kita menurut perintah dan hajat
sesiapa atas apa sebab sekali
pun. Oleh itu anda pemegang
dinding kebal untuk tidak
tunduk kepada pujuk rayu dan
tidak mengharapkan embun
kasih orang sudah berpunya
hingga perlu menjadi pengemis
untuk teruskan hidup. Belajarlah
untuk berdikari baik dari segi
mental, emosi dan hati. Allah
SWT jadikan kita mata untuk
melihat kewajaran dan mata hati
untuk membuat keputusan
untuk terus memburu bayang
atau mahu terus gila bayang.
Rasailah bahawa langit masih
tinggi dan bumi masih lebar
untuk anda bergerak. Mengapa
harus menyempitkan hati dan
perasaan hingga anda sendiri
terpenjara di dalamnya?
Cinta itu dianugerahkan bukan
untuk membuat kita buta,
hingga tidak tahu yang mana
wajar yang mana tidak, tetapi
cinta dianugerahkan kepada hati
yang tahu siapa pembakar
perasan itu padanya dan
mencintai pembekal cinta dulu
sebelum mencintai orang yang
dicintainya. Akhirnya belajarlah
iktibar kesalahan, hargailah
harga diri ,watak, potensi diri
sendiri dan tidak boleh melebur
ke dalam keperibadian orang
lain. Akhir sekali hayati pesanan
penyair ini: “Adakalanya Allah
SWT menganugerahkan nikmat
dengan cubaan, walaupun
sangat besar dan telah menguji
sebahagian kaum dengan
nikmat” .
Jangan sampai kejelitaan anda
menjadi penyebab munculnya
kesengsaraan. Selamat
mempertahankan kekebalan
anda demi hamba Allah yang
tercinta.



Bayau Raven

Cinta mengikut pandangan islam
tidak rela yang dicintai
menderita. Tetapi sebagai
manusia yang tidak sempurna,
adakalanya akal tidak mampu
mengatasi gejolak dijiwa.
Sesungguhnya cinta memiliki
kesaktiannya sendiri yang mana
ia mampu mengubah segala-
galanya yang baik menjadi
buruk, dan buruk menjadi baik.
Disinilah tahap keimanan kita
diuji, samaada cinta kita demi
kerana 'DIA'.. atau cinta hanya
untuk 'dia'... Semoga apa jua
cinta yang kita impikan, biarlah
niat terlebih dulu kepada Allah,
hanya dengan cara mencintai
Pencipta maka kita akan sentiasa
diberikan kekuatan dan
ketenangan disaat cinta pada
pencinta berkubur ditengah
jalan.


Bayau Raven

‎- SENTUHAN KASIHMU -
Aku menghitung semula langkah
kakiku,
Namun tidak dapat juga ku
temui,
Dimanakah hilangnya saat
manisku dulu,
Ketika aku mula mengenal erti
percintaan,
Walaupun kini ku cuba putarkan
kembali,
Namun langkah kaki ini semakin
berat,
Dimana, kemana harus kutuju,
Ku rindu belaian kasihmu,
Kau selalu menemaniku tanpa
kusedari,
Kau tidak pernah membiarkan
aku sendirian,
Menjalani hidup yang penuh
duri,
Kau selalu menyertai hari hariku,
dengan Kasih sayangmu,
Terima Kaseh kerana kau telah
menyentuh hatiku,
Dikala aku lalai dengan duniaku,
Kau telah memperingatiku,
dan kau masih memberi peluang
padaku,
untuk bertakhta dihati kecilmu,
Perjalanan hidup ini telah
mengajarku erti kehidupan,
Kau tidak pernah lelah memberi,
Tidak sedikitpun kau meminta,
Terima Kaseh kerana menyentuh
hatiku,
Bagai air yang mengalir,
Yang tidak pernah terhenti...



Bayau Raven

Aku Mencintaimu
Maafkan,
Aku telah mencintaimu,
Tanpa suara,
Tanpa kata,
Tanpa jamah!
Sejauh ini.
Kusimpan sendiri dalam hati,
Bersama rinduku,
Mengejar dirimu,
Yang bagai awan
Mencadar bulan!
Sering kau datang,
dipangkal lelap,
dan hilang,
disaat jaga
mengorak peluk
Bagai pelangi dirimu
Menebar kemilau
Diufuk rasa
Menembus tegar
Meluruh degup
Mengalir dititik-titik gundah
Dipuncak hening
Dalam doa aku meminta
Jangan pernah kau pergi
Meski kau pandang aku cuma
Di muara,
Didalam senyap mimpi yang
sunyi!



Bayau Raven

Sayang
sebenarnya aku mengerti
perasaanmu
aku mengerti
keluhanmu
jerit batinmu
aku mengerti
calar luka di hatimu
Sayang
sebenarnya
aku mengerti apa yang kau lalui
dan aku tahu
kau tahu yang
aku mengerti
isi hatimu
dan kau sebaliknya mengerti
perasaanku ini
kita sama-sama mengerti,
bukan?



Bayau Raven

Mengapa kau pergi??? Disaat
aku mulai menyintaimu,aku
berharap kau menjadi kekasihku,
malah kau pergi jauh tinggalkan
diriku?? Kini aku sendiri lagi, lalui
lorong yang pernah aku
tinggalkan dulu, pada
sangkaanku, aku tidak akan
melalui lorong gelap itu lagi,
namun nyata kini lorong gelap
itu adalah kehidupanku yang
nyata, aku harus melaluinya
meskipun pahit untuk ditelan,
perit untuk menghadapi… Kini
setelah dia pergi, baru aku
menyedari betapa aku amat
memerlukannya walaupun aku
tak pernah mengungkapkannya
dulu..
Aku benci dia. Aku taknak
dengar nama dia lagi dalam
hidup aku… Tapi hakikatnya
benarkah aku membencinya?
Benarkah namanya tak ingin ku
dengar dan sebut?? Sedangkan
jauh di hati ini , seringkali aku
mengingatinya, merinduinya
menyebut-nyebut,serta
memanggil-manggil namanya.
Aku terlalu merindui nya.
Walaupun aku akan cuba untuk
melontar bayangannya jauh dari
hidupku namun aku takkan
pernah melupakan Kasih
Sayangnya, keprihatinannya,
Manja tutur katanya, leteran nya
untuk memperbaiki diriku, dan
suara itu tak kan mungkin aku
lupakan walau apa yang terjadi.
Leteran yang dulu membingitkan
telinga kini menjadi irama
kerinduan ku…
Masih ku ingat, pernah ku
terserempak dirinya setelah kami
berpisah.. mungkin dia juga tidak
tahu akan kewujudan aku di situ.
Memang aku menyembunyikan
diri, memang aku menyatakan
aku membencinya,
menyelindung perasaan hati, aku
tak ingin dia melihat aku dengan
kelukaan setalah
ditinggalkannya, namun jauh di
sudut hati yang paling dalam,
itulah masa yang ku tunggu
sewaktu kami bersama, itulah
detik yang selalu aku nantikan,
aku ingin menatap sekelumit
wajah kesayanganku, mendengar
suara kerinduanku, serta aku
ingin dia tahu betapa aku
menyayanginya kini namun aku
tak cukup kuat untuk semua itu.
Mungkin benar, luka dihati ini
belum sembuh, dan mungkin jua
kerana Ego….
Sayangku.. Izrul Naim Hafizi,
ketahuilah bahawa aku tidak
pernah membencimu dari hati ini
kerana dikau telahpun
mendapat tempat dihati ini. Aku
tidak akan membicarakan
tentang Kasih Sayang andai
perasaan itu tidak wujud, dan
aku takkan membicarakan soal
hati andai aku tidak serius
dengan hubungan yang terjalin
KERANA aku bukanlah
PEREMPUAN yang suka
mempermainkan hati dan
perasaan LELAKI dan aku hargai
tiap kenangan bersama. Aku
tidak terluka andai kau nyatakan
kau belum bersedia untuk
hubungan denganku, aku
memahami situasi mu, Mungkin
dirimu mahu memberi yang
terbaik untuk keluarga dan
menumpukan sepenuh perhatian
kepada kerjaya demi masa
depan dirimu serta keluarga.
Tapi aku terluka bila kau
menyatakan bahawa sepanjang
perhubungan kita, tiada sedikit
pun perasaan mu kepadaku.
Andai benar, tiada perasaan?
Kenapa membicarakan soal hati ,
soal kasih sayang dan mengapa
mencuri hati ini?