Thursday, 29 December 2011




Bayau Raven
Penangan cinta siber
Saya berusia 23 tahun, masih
belajar, dikurniakan Allah SWT
cukup sifat dengan ibu bapa
yang mendidik mengenai agama
sejak kecil. Suratan takdir
menemukan saya dengan suami
orang di alam siber. Lelaki
berusia 38 tahun itu juga bapa
beranak lima.
Dia bertugas di perantauan
dengan anak-anaknya berada di
Malaysia. Setiap malam, kami
bersembang di laman siber. Pada
awalnya perbualan kami hanya
sekadar mengisi masa kesepian
dirinya. Namun, akhirnya
perbualan itu bertukar menjadi
hubungan kasih sayang. Pada
Mei lalu, kerjanya di perantauan
itu selesai dan kembali ke
Malaysia. Bagaimanapun, kami
tidak pernah bertemu. Hajat
memang ada tetapi tertangguh
kerana saya amat takut tidak
dapat mengawal diri lalu
terjebak ke kancah maksiat.
Dia pernah mengusulkan kami
berkahwin. Sebenarnya puan,
dalam soal untuk berpoligami
mungkin saya boleh
menempuhnya tetapi saya tidak
mahu melukakan hati isteri dan
anak-anaknya. Lagipun, dia tidak
ada masalah dengan isteri dan
anak-anaknya, sebaliknya amat
mengasihi mereka. Cuma
malangnya, dalam keinginannya
mengisi kesepian di perantauan,
dia terpikat dengan saya. Saya
sebenarnya amat sayangkannya,
tidak mahu kehilangannya dan
sentiasa membayangkan
kebahagiaan hidup di sisinya.
Saya juga sedar dia sudah
berkeluarga. Saya cuba
memutuskan hubungan yang
berusia enam bulan ini tetapi
saya tidak berupaya. Bukan
hanya mendengar suara,
membaca sebaris SMS
kirimannya pun membuatkan
saya sukar untuk
meninggalkannya. Saya benar-
benar minta maaf pada isteri dan
anak-anaknya jika pada akhirnya
kelak, hubungan kami perlu
dihalalkan. Namun pada masa
sama, saya masih cuba untuk
keluar daripada hubungan ini.
FAINA
JAWAPAN
Faina yang baru terjebak dengan
sangkar cinta berdebu akibat
cuba bermain-main dengan
apinya yang kini jelas dengan
terbakar hati. Jutaan syukur
dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana anda masih berada di
belakang tembok iman yang
dibina oleh keluarga dan diri
anda dengan izin Allah.
Faina, di usia yang sebegini
muda, anda ibarat bunga mawar
mekar di atas jambangan, yang
bukan saja rupanya cantik tetapi
baunya harum. Semua yang
melintasi jambangan itu pasti
akan teringin bukan saja
menatapnya, malah mencium
baunya dan paling ramai mahu
memilikinya walaupun untuk
memetiknya perlu merasa
bisanya duri itu.
Namun lelaki tetap lelaki.
Walaupun dia sudah ada
tanggung jawab lima anak dan
seorang isteri mereka tetap saja
berasa mereka raja dalam
perhubungan cinta dan sanggup
melakukan apa saja demi
memiliki cinta yang terbina. Ini
prinsip lelaki yang masih tinggi
dengan egonya.
Dalam hubungan anda
dengannya, dia akan melakukan
apa saja asal dapat memiliki
anda. Ini kerana, anda bukan
saja cantik tapi lebih penting lagi
muda belia ibarat ulam yang
belum dijamah dan pastinya dia
akan terus memburu anda
dengan apa cara sekali pun.
Dinding yang dapat melindungi
dan menahan hasratnya yang
bertaraf ‘buaya tembaga’ dan
punya modal seperti golongan
berada, yang sudah masak
dengan cara dan gaya memikat
dan memerangkap mangsa,
maka dia akan berusaha mati-
matian memburu anda.
Pada masa sama, sanggup
meninggalkan lima anak dan
isterinya yang terluka demi
memuaskan nafsu kepada anda
tidak lain dan tidak bukan
bertahan untuk tidak mengikut
dan memenuhi hasratnya untuk
berjumpa dengannya walau di
mana pun tempat pertemuan.
Anda harus belajar melihat kes
ini secara positif sebagai mana
nasihat orang bijaksana: “Cuba
lihat betapa banyak nikmat Allah
SWT yang ada padamu, maka
ikatlah ia dengan rasa
kesyukuran dan bukan
mencemarinya dengan
melanggar perintah Allah SWT
dan merampas dan melukakan
hati kaum sejenismu, sedangkan
jika kamu bersyukur, pasti Kami
akan menambah (nikmat)
kepadamu dan jika kamu
mengingkarinya (nikmat-Ku),
maka sesungguhnya azab-Ku
sangat pedih.” (QS Ibrhim:7).
Oleh itu syukuri kecantikan dan
usia anda dengan tidak melawan
perintah Allah SWT walaupun
anda sangat terdorong
melakukannya.
Nasihat saya, jadilah dirimu
sendiri kerana anda dalam
penciptaan ini ada sesuatu yang
lain, yang tidak seorang pun
menyerupai anda dan
sebaliknya. Anda juga tidak
seperti orang lain jadi mengapa
anda harus melakukan seperti
orang lain, akur dengan kancah
cintakan suami orang. Belajarlah
daripada pesanan orang tua-tua,
jika anda pernah melukakan,
anda tidak akan dapat selamat
dari dilukai. Apatah lagi anda
masih muda , terlalu banyak
masa dan kesempatan mencari
pasangan yang sepadan dengan
anda.
Anda juga ada kelebihan dari
segi wajah, oleh itu jangan cepat
terpesona dengan pujian apa
apatah lagi daripada lelaki yang
jauh lebih berusia. Belajarlah
membuat pilihan yang tidak
melukakan orang lain. Bukankah
sedari awal, tujuan asal anda
hanya suka-suka saja tetapi
kenapa harus melukakan hati
orang lain?
Sebab itu Angelo Battero
menulis: “Tidak ada orang yang
paling menderita yang lebih
daripada orang yang tidak
menjadi diri sendiri, wujud tidak
menjadi jasadnya sendiri dan
tidak menjadi fikirannya sendiri.”
Pesanan ini menegaskan jika
membuat tindakan dan
keputusan mestilah kerana diri
sendiri bukan kerana pengaruh
orang lain dan bukan atas
kemahuan orang lain. Oleh
kerana fitrah hidup, tidak akan
sesiapa yang berhak membuat
kita menurut perintah dan hajat
sesiapa atas apa sebab sekali
pun. Oleh itu anda pemegang
dinding kebal untuk tidak
tunduk kepada pujuk rayu dan
tidak mengharapkan embun
kasih orang sudah berpunya
hingga perlu menjadi pengemis
untuk teruskan hidup. Belajarlah
untuk berdikari baik dari segi
mental, emosi dan hati. Allah
SWT jadikan kita mata untuk
melihat kewajaran dan mata hati
untuk membuat keputusan
untuk terus memburu bayang
atau mahu terus gila bayang.
Rasailah bahawa langit masih
tinggi dan bumi masih lebar
untuk anda bergerak. Mengapa
harus menyempitkan hati dan
perasaan hingga anda sendiri
terpenjara di dalamnya?
Cinta itu dianugerahkan bukan
untuk membuat kita buta,
hingga tidak tahu yang mana
wajar yang mana tidak, tetapi
cinta dianugerahkan kepada hati
yang tahu siapa pembakar
perasan itu padanya dan
mencintai pembekal cinta dulu
sebelum mencintai orang yang
dicintainya. Akhirnya belajarlah
iktibar kesalahan, hargailah
harga diri ,watak, potensi diri
sendiri dan tidak boleh melebur
ke dalam keperibadian orang
lain. Akhir sekali hayati pesanan
penyair ini: “Adakalanya Allah
SWT menganugerahkan nikmat
dengan cubaan, walaupun
sangat besar dan telah menguji
sebahagian kaum dengan
nikmat” .
Jangan sampai kejelitaan anda
menjadi penyebab munculnya
kesengsaraan. Selamat
mempertahankan kekebalan
anda demi hamba Allah yang
tercinta.

No comments:

Post a Comment