
Bayau Raven
Cinta tidak boleh dipaksa dan
cinta bukan datang dengan
sekelip mata. Cinta bagaikan
bintang di langit sana. Terlalu
banyak yang bercahaya indah
tetapi cuma satu yang akan jadi
igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan
yang kita boleh mencintai sesiapa
saja. Kenapa? Kerana cinta itu
adalah hak kita. Tak ada orang
yang boleh membunuh cinta
yang tumbuh walaupun oleh
orang yang kita cintai itu! Itu
peraturan pertama bercinta!
Cinta hanya satu perasaan. Jika
diupam rasa, sarat emosi, maka
bersemi, mekar dan rendanglah
ia. Tetapi, jika diabaikan,
dibiarkan, pasti akan layu dan
kekeringan. Cinta tidak lebih
hanya satu perasaan. Jika salah
kendali, bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan
dengar keluhan kita. Kalau kita
tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di
tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita
ada pilihan sama ada mahu
dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas
pandang bahawa Allah
mengatur segala-galanya.
Mungkin Dia mahu kita bertemu
orang lain, yang lebih baik untuk
kita dan memberikan orang yang
lebih baik kepada orang yang
kita cintai.
Rasa terikat, terlalu sayang dan
terlalu benci, akan buat jiwa
merana.
Dalam hidup ini, tidak semua
yang kita ingini akan kita dapat
malah kadangkala kita terpaksa
berkorban hati dan perasaan.
Apalagi bila melibatkan perasaan
orang lain.
Kadang-kadang Tuhan turunkan
petir dan kilat, kita menangis
mencari di mana hilangnya
matahari, rupa-rupanya Tuhan
hendak beri kita pelangi.
Terkadang, kita tidak dapat apa
yang kita impikan. Lalu, kita
menyalahkan takdir kerana
terlalu kecewa. Sedangkan, kita
tidak sedar, apa yang kita
perolehi adalah lebih baik dari
apa yang kita harapkan.
Sungguh benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita miliki
sampai kita kehilangannya.
Tetapi sungguh benar pula
bahawa kita tidak tahu apa yang
belum kita miliki sampai kita
mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu
sesuatu yang indah? Benarkah
setiap pencinta akan terus
mengingati kekasihnya walaupun
kekasih itu tidak ada buat
menemaninya setiap waktu ?
Dan benarlah kata orang itu
cinta itu buta. Cinta itu tidak
memerlukan cahaya matahari
untuk menyuluh jalan sang
pencinta itu walaupun jalan itu
amat sukar dan berliku. Cahaya
hati dan perasaan sudah cukup
untuk menerangi segalanya.
No comments:
Post a Comment