
Bayau Raven
Persahabatan Itu....
Persahabatan itu...
* Persahabatan itu umpama
dakwat dan kertas. Dakwat
memberi erti apabila tercatatnya
ia di atas kertas.
* Persahabatan itu umpama
kuku dan jari. Tanpa kuku jari
tiada seri.
* Persahabatan itu umpama
daun dan bunga. Cantiknya
bunga kerana di sisinya ada
daun yang cantik.
* Persahabatan itu umpama nasi
dan lauk. Tanpa keduanya
hilanglah selera laparlah perut.
* Persahabatan itu umpama
gincu dan bibir. Calitkan gincu
agar bibir terserlah keayuannya.
* Persahabatan itu umpama
deria manusia. Tanpa salah
satunya, hilang lah nikmat
merasa.
* Persahabatan yang terjalin
antara kita jangan di putuskan
hanya kerana kita berbeza
pandangan.
Aku mahu jadi sahabatmu, aku
mahu jadi pendengarmu, aku
mahu sentiasa bersahabat walau
apa pun terjadi kerana
semuanya sahabat sejatiku...
Persahabatan Itu....
No comments:
Post a Comment