Sunday, 1 January 2012




Bayau Raven

Aku Ingin Dikasihi Selama-
lamanya
Kasih ibu bapa adalah penguat
semangat anak-anak..
Kasih anak menjadikan dirinya
seorang yang taat..
Kasih majikan membuatkan dia
disegani dan dihormati..
Kasih pekerja melatih diri
menjadi jujur dan berdedikasi..
Kasih seorang kawan sentiasa
sedia membantu bila diperlukan..
Kasih seorang kekasih adalah
bersifat melindungi kekasih nya..
kasih Tuhan untuk selama-
lamanya..



Bayau Raven

Alihkan matamu ke laut,airnya
cantik membiru dan penuh
ketenangan,tapi hanya Allah saja
yang tahu rahsia didalamnya.
Begitulah dengan kehidupan
manusia, riang ketawa tapi hanya
Allah yang tahu rahsia
kehidupanny.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke
sungai , airnya tetap mengalir
biarpun berjuta batu
menghalang.
Jika rasa sedih, pandanglah ke
langit, maka kau akan sedar
bahawa Allah sentiasa
bersamamu...



Bayau Raven

Awak Anugerah Terindah Pernah
Saya Miliki
Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me
Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…
Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah
tak cukup graviti
Awak
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati
Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak guna
Awak
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada tak
boleh berhenti borak
Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all
the gud lucks and take care hari-
hari
Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa
Awak
Hari ni awak beratur belakang
saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah macam tu aje
Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi
Awak
Hari ni saya nampak awak dari
McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri
Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh
pergi
Awak
Harini saya menyesal ada ego
yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri
Awak
Hari ni hari terakhir nampak
awak
Tapi awak tak toleh sini
Awak fokus kat tv
Awak
Hari ni saya tengok gambar kita
senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan
sedih
Awak
Esok antara kita ada “balai
berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk
awak
Awak
Semoga satu hari nanti saya
menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati
Awak
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah
terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak



Bayau Raven

Persahabatan Itu....
Persahabatan itu...
* Persahabatan itu umpama
dakwat dan kertas. Dakwat
memberi erti apabila tercatatnya
ia di atas kertas.
* Persahabatan itu umpama
kuku dan jari. Tanpa kuku jari
tiada seri.
* Persahabatan itu umpama
daun dan bunga. Cantiknya
bunga kerana di sisinya ada
daun yang cantik.
* Persahabatan itu umpama nasi
dan lauk. Tanpa keduanya
hilanglah selera laparlah perut.
* Persahabatan itu umpama
gincu dan bibir. Calitkan gincu
agar bibir terserlah keayuannya.
* Persahabatan itu umpama
deria manusia. Tanpa salah
satunya, hilang lah nikmat
merasa.
* Persahabatan yang terjalin
antara kita jangan di putuskan
hanya kerana kita berbeza
pandangan.
Aku mahu jadi sahabatmu, aku
mahu jadi pendengarmu, aku
mahu sentiasa bersahabat walau
apa pun terjadi kerana
semuanya sahabat sejatiku...
Persahabatan Itu....



Bayau Raven

Cinta tidak boleh dipaksa dan
cinta bukan datang dengan
sekelip mata. Cinta bagaikan
bintang di langit sana. Terlalu
banyak yang bercahaya indah
tetapi cuma satu yang akan jadi
igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan
yang kita boleh mencintai sesiapa
saja. Kenapa? Kerana cinta itu
adalah hak kita. Tak ada orang
yang boleh membunuh cinta
yang tumbuh walaupun oleh
orang yang kita cintai itu! Itu
peraturan pertama bercinta!
Cinta hanya satu perasaan. Jika
diupam rasa, sarat emosi, maka
bersemi, mekar dan rendanglah
ia. Tetapi, jika diabaikan,
dibiarkan, pasti akan layu dan
kekeringan. Cinta tidak lebih
hanya satu perasaan. Jika salah
kendali, bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan
dengar keluhan kita. Kalau kita
tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di
tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita
ada pilihan sama ada mahu
dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas
pandang bahawa Allah
mengatur segala-galanya.
Mungkin Dia mahu kita bertemu
orang lain, yang lebih baik untuk
kita dan memberikan orang yang
lebih baik kepada orang yang
kita cintai.
Rasa terikat, terlalu sayang dan
terlalu benci, akan buat jiwa
merana.
Dalam hidup ini, tidak semua
yang kita ingini akan kita dapat
malah kadangkala kita terpaksa
berkorban hati dan perasaan.
Apalagi bila melibatkan perasaan
orang lain.
Kadang-kadang Tuhan turunkan
petir dan kilat, kita menangis
mencari di mana hilangnya
matahari, rupa-rupanya Tuhan
hendak beri kita pelangi.
Terkadang, kita tidak dapat apa
yang kita impikan. Lalu, kita
menyalahkan takdir kerana
terlalu kecewa. Sedangkan, kita
tidak sedar, apa yang kita
perolehi adalah lebih baik dari
apa yang kita harapkan.
Sungguh benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita miliki
sampai kita kehilangannya.
Tetapi sungguh benar pula
bahawa kita tidak tahu apa yang
belum kita miliki sampai kita
mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu
sesuatu yang indah? Benarkah
setiap pencinta akan terus
mengingati kekasihnya walaupun
kekasih itu tidak ada buat
menemaninya setiap waktu ?
Dan benarlah kata orang itu
cinta itu buta. Cinta itu tidak
memerlukan cahaya matahari
untuk menyuluh jalan sang
pencinta itu walaupun jalan itu
amat sukar dan berliku. Cahaya
hati dan perasaan sudah cukup
untuk menerangi segalanya.



Bayau Raven

Biarpun Kita Berpisah
Biarpun kita akan berpisah nanti,
namun untuk menghilangkan
ingatan saya terhadap awak
adalah amat sukar.
Sekali saya dah letakkan awak
dalam hati saya bermakna
awaklah lelaki pertama dan
terakhir yang saya cintai walau
awak membenci saya seumur
hidup awak...



Bayau Raven

Pertama
kali
aku
melihatmu,
aku
takut
untuk
mendekatimu…
Pertama
kali
aku
mendekatimu, aku takut untuk
mengenalimu…
Pertama kali aku mengenalimu,
aku takut untuk mencintaimu…
Dan kini… apabila aku
mencintaimu, aku takut akan
kehilanganmu….